KALENDAR HIJRAH

Friday, November 6, 2009

BAB HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN..

1)Ahli Qura’ bersepakat dengan mengidghamkan huruf النون yang sukun dengan huruf (ينمو)
iaitu huruf Idgham Ma’al Ghunnah.

2)Hamzah mengidghamkan huruf النون yang sukun dan tanwin dengan huruf الواو dan الياء
iaitu huruf Idgham Bila Ghunnah.

3)Syaratnya untuk mengidghamkan huruf النون yang sukun,ianya perlu berada di akhir
kalimah dan huruf daripada huruf-huruf idgham berada di awal kalimah yang kedua.Jika
berada pada satu kalimah.ianya mestilah diizharkan kerana ianya dipanggil Izhar
Mutlak iaitu pada 4 kalimah berikut;

دنيا
بنيان
قنوان
صنوان

4)Semua Ahli Qura’ bersepakat:
-Mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf الياء dan الواو
pada satu kalimah.

-Mengizharkan huruf النون yang sukun apabila bertemu dengan huruf-huruf halqi yang 6
iaitu (ء)(ح)(ع)(غ)(خ)dan(ه)

-Membaca idgham dan ikhfa’ apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan
huruf الباء iaitu huruf Iqlab.Pada tempat tersebut akan diletakkan huruf ميم yang
kecil.

-Pada hukum Iqlab cara membacanya iaitu dengan dibuka sedikit di antara bibir apabila
diidgahamkan.

-Ihkfa’ dibaca apabila huruf النون yang sukun dan tanwin bertemu dengan 15 huruf yang
baki daripada huruf sebelum ini.Ianya juga dinamakan Ihkfa’ hakiki.

No comments:

Powered By Blogger