KALENDAR HIJRAH

Tuesday, November 10, 2009

باب دال قد

1)Terdapat 8 jenis huruf yang di idghamkan atau di idzharkan pada huruf الدال pada
kalimah قد , iaitu :
السين , الذال , الضاد , الظاء , الزاي , الجيم , الصاد , الشين
Huruf tersebut mestilah berada di awal kalimah.Ianya juga mestilah berada selepas
kalimahقد

2)Perselisihan pembacaan antara ahli Qurra’ mengenainya:

(i) Imam ‘Asim, Qalun, dan Ibnu Kathir mengizharkan huruf الدال pada kalimah قد,
pada semua huruf tersebut .

(ii) Imam Warsy mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد hanya pada huruf الضاد
dan الظاء serta mengizharkan pada huruf bakinya.

(iii) Imam Ibnu Zakuan membaca 2 wajah pada huruf الدال pada kalimah قد dengan
mengidghamkan pada huruf الضاء , الذال , الزاي dan الظاء dan mengizharkannya
pada huruf selain daripada itu.

(iv) Imam Hisham mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد pada kesemua
huruf berikut, kecuali mengizharkan hanya di dalam surah Shad.

(v) Imam Abu ‘Amru, Hamzah,dan Kisaie mengidghamkan huruf الدال pada kalimah قد
pada kesemua huruf tersebut tanpa khilaf.

No comments:

Powered By Blogger