KALENDAR HIJRAH

Friday, November 6, 2009

باب وقف قد اخير كلمه

1)Waqaf pada bahasa ialah menahannya dari berjalan.

2)Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk
bernafas padanya, dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.

3)Pada asalnya,waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan
padanya.Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya.



4)Kebanyakan pendapat ulama'mengatakan Qura' yang lain menggunakan Raum dan Isymam
dengan pilihan iaitu Nafi',Ibnu Kathir dan IBNU AMIR

*Raum bermaksud melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga
hilang harakat yang asal,pada kadar 1/3 dari suara.

*Isymam pula bermaksud memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang
akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.

6)Pendapat ulama' mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah, marfu'ah,
majrurah dan maksurah.Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah.

7)Semua Qura' tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan
mansubah,akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam
ketika dommah,fathah dan kasroh.Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil
oleh mana-mana Qura'.



DISEDIAKAN OLEH:SAIDATUL HAMIMAH BT UMAR

Posted by hUffAz iNSaniAh.. at 2:33 AM
0 comments

BAB LAMMAT..

1) Wash menebalkan tiap2 laAm berfatihah yang datang samada beryashdid atau tidak,
ditengah atau di tengah atau hujung kalimah yang sebelumnya huruf sod,tho,atau zo'
yang berfathah atau sukun.

2) Warsh khilaf laam apabila ada alif diantara laam dan 3 huruf tersebut pada lafaz:طا ل
· Tebal
· Nipis


3) Warsh khilaf pada laam dihujung kalimah apabila waqaf :
· Tebal(rajin)
· Nipis

4) Sepakat qura' pada lafzul jalalah:
· Menipiskan apabila sebelum kasrah.
· Menebalkan laam apabila sebelumnya fattah atau dhommah.



No comments:

Powered By Blogger