إدغام الحرفيــن المتقـــاربين والمتجانسيــن في كلمة و في كلمتيــن
1) Apabila 2 huruf yang dekat yang berbaris dalam satu kalimah, maka Imam Susi akan mengidghamkan huruf qaf (ق) ke dalam kaf (ك) dengan 2 syarat :-
a. Sebelum huruf qaf (ق) ada huruf yang berbaris
b. Selepas huruf kaf (ك) terdapat huruf mim (م) yang menjadi alamat bagi semua (mim jama’)
c. Contoh ; يرزقكم – واثقكم – خلقكم
-sebelum huruf (ق) ada huruf yang berbaris (ز) dan selepas (ك) terdapat mim jama’ (م)
=> Jika sempurna syarat di atas, maka Imam Susi akan membaca dengan mengidghamkan dengan idgham yang sempurna.
=> Jika syarat di atas tidak sempurna @ hanya terdapat satu syarat sahaja, maka Wajib di izharkan sebutan kalimah tersebut bagi IBNU AMIR dan semua Qura’
2) Bahagian yang tidak di idghamkan 2 huruf yang dekat kedua-dua atau sama jenisnya di dalam kalimah.
a) Dalam Surah Al-Ahqaf (الأحقاف) pada ayat أذ هبتم طيباتكم
►Ibnu Kasir membaca dengan tahqiq pada huruf hamzah (ء) yang pertama dan tashil pada huruf hamzah (ء) yang kedua.
►Hisyam membaca dengan tahqiq pada huruf hamzah (ء) yang pertama dan tashil atau tahqiq pada huruf hamzah yang kedua.
►Ibnu Zakwan membaca dengan mengtahqiqkan pada kedua-dua huruf tersebut.
►Manakala Baki Qura’ membaca seperti biasa.
b) Di dalam Surah Al-Qolam (القلم) pada ayat أن كان ذا مال وبنين
► Imam Hamzah dan Syu’bah membaca dengan tahqiq pada kedua-dua huruf hamzah (ء)
► Ibnu Amir membaca tahqiq pada huruf hamzah (ء) yang pertama dan tashil pada huruf hamzah yang kedua.
► Manakala Baki Qura’ membaca seperti biasa.
prepared by helmi amizi
KALENDAR HIJRAH
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)