KALENDAR HIJRAH
Friday, November 6, 2009
BAB MAZHAB QURRA' PADA HURUF RA'..
¤ Sebelum huruf ra’terdapat huruf ya’ yang sukun. Contohnya:
-بشيرا ونذيرا
¤ Sebelum huruf ra’ terdapat huruf yang berbaris bawah dalam satu kalimah. Contoh:
-سراجا
¤ Sebelum huruf ra’ terdapat huruf sukun yang bukan huruf isti’la’. Contohnya:
- أجرامى
* Warsh menebalkan huruf ra’ yang di dahului dengan baris bawah atau sukun yang sebelumnya baris bawah pada الأسمأ الأعجمية dalam 4 kalimah. Contohnya:
¤أسرائيل
¤أبراهيم
¤عمران
¤إرمذات العماد
* Warsh menebalkan pada kalimah yang berulang-ulang huruf ra’. Contohnya:
¤ضرارا
* Warsh menipiskan ra’ yang pertama pada lafaz ( بشرار ) dalam surah Al-Mursilat ketika menyanbung bacaan manakala ketika waqaf huruf ra’ yang kedua dikasrohkan selepasnya untuk menipiskan bagi menipiskan lagi bacaan.
* Warsh membaca dengan khilaf pada lafaz ( حيران ) dalam surah Al-An’aam.
* Pendapat Warsh menyatakan pengecualian pada huruf ra’. Mazhab yang lain banyak berpendapat ramai musnad yang daif dan penyair tidak menyebutnya secara terperinci.
* Bagi semua qura’ 7,apabila datang huruf ra’ yang sukun dan sebelumnya baris bawah yang asal yang bersambung dengan kalimahnya tanpa ditebalkan. Contohnya:
¤فرعون
¤فاغفرلنا
* Apabila telah datang huruf ra’ sebelum huruf isti’la’, hendaklah menipiskannya. Contohnya:
¤صراط
* Pada lafaz ( فرق ) dalam surah As-Syuara’ dinipiskan terhadap kelemahan huruf isti’la’ dengan di kasrohkan dan dinipiskan dengan kaedah menebalkan huruf ra’ selepas huruf isti’la’ yang jelas berbaris bawah. Pada lafaz ( فرقة ) Kisaei mewaqafkan dengan imalah ha’ ta’nis dengan menipiskan ra’ dan menebalkannya.
* Apabila telah datang huruf ra’ berbaris bawah yang bersambung, hendaklah dimulakan dengan hamzah wasol. Warsh akan menebalkan huruf ra’ seperti Baqi qura’. Contoh:
¤امرأة
* Semua qura’ akan menebalkan huruf ra’ apabila telah datang sukun selepas baris bawah yang mendatang. Maka memulakan bacaan dengan hamzah wasol.
¤ارجعي
* Menebalkan huruf ra’ apabila bersambung dengan baris bawah. Contoh:
¤أن ارتبتم
* Warsh menebalkan huruf ra’ yang bersambung sebelumnya baris bawah seperti Baqi qura’. Contoh:
¤قالت امn رأة الغزيز
* Sebahagian ahli ada’ menebalkan huruf ra’ yang selepasnya baris bawah. Contoh:
¤كرسيه
* Tidak di haruskan menipiskan huruf ra’ yang selepasnya baris bawah atau ya’ yang di kiaskan ke atas ra’ yang dinipiskan sebelumnya baris bawah atau ya’ yang sukun kerana kalimah ini tidak dikiaskan dalam bacaan kerana asas qiraat secara mutawatir dan talaqi yang sohih.
* Semua qura’ bersepakat menipiskan huruf ra’ yang berbaris bawah pada permulaan kalimah. Contohnya:
¤رزقا
* Semua qura’ menipiskan ra’ yang berbaris bawah yang bersambung dengan baris bawah yang mendatang. Contohnya:
¤وأنذر الناس
* Warsh menebalkan huruf ra’ ketika pindah pada ( وانحر ان شانئك )dan menipiskannya ketika di akhir kalimah. Contoh:
¤بشرى
* Ada beberapa ketika waqaf.
¤ Apabila sebelumnya baris bawah atau baris depan atau huruf wau atau huruf alif yang sukun sebelumnya baris atas dan menipiskannya pada semua keadaan ketika waqaf. Contohnya:
-وانشق القمر
¤ Apabila sebelumnya baris bawah tanpa bersambung ( مقتدر ). Sebelum sukun tida huruf isti’la’ dan sebelumnya baris bawah atau ya’ yang sakin ( قدير ). Maka hukum ra’ ketika ini adalah dengan menipiskan ketika waqaf bagi semua qura’. Ada pun sebelum alif yang di imalahkan ( مع الأبرار ) , maka dinipiskan pada kebanyakkan alif atau ketika tiada alif. Pada lafaz ( نذر ) dinipiskan dan ditebalkan pada tempat alif dan lam atas ya’ yang dihazafkan.
* Huruf ra’pada kalimah ( مصر ) dinipis dan ditebalkan, dan ditebalkan selepas wasol. Pada huruf ra’ ( القطر ) dinipiskan dan ditebalkan, dan menebalkan apa yang dinipiskan ketika wasol.hendaklah waqaf dengan menipiskannya. Contoh: ( والفجر ) . Apabila baris depan sebelumnya baris bawah atau ya’ sukun atau sebelumnya sukun tiada huruf isti’la’ sebelum baris bawah. Contoh: ( مستمر ).
* Warsh mewaqafkan dengan raum beserta menipiskan huruf ra’ dan selebihnya di tebalkan.
* Menipiskan huruf ra’ adalah huruf-huruf ra’ yang asal tanpa mengulangi bab ini kerana wajib dinipiskan.
باب وقف قد اخير كلمه
2)Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk
bernafas padanya, dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.
3)Pada asalnya,waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan
padanya.Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya.
4)Kebanyakan pendapat ulama’mengatakan Qura’ yang lain menggunakan Raum dan Isymam
dengan pilihan iaitu Nafi’,Ibnu Kathir dan IBNU AMIR
*Raum bermaksud melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga
hilang harakat yang asal,pada kadar 1/3 dari suara.
*Isymam pula bermaksud memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang
akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.
6)Pendapat ulama’ mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah, marfu'ah,
majrurah dan maksurah.Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah.
7)Semua Qura’ tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan
mansubah,akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam
ketika dommah,fathah dan kasroh.Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil
oleh mana-mana Qura’
باب وقف قد اخير كلمه
1)Waqaf pada bahasa ialah menahannya dari berjalan.
2)Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk
bernafas padanya, dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.
3)Pada asalnya,waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan
padanya.Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya.
4)Kebanyakan pendapat ulama'mengatakan Qura' yang lain menggunakan Raum dan Isymam
dengan pilihan iaitu Nafi',Ibnu Kathir dan IBNU AMIR
*Raum bermaksud melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga
hilang harakat yang asal,pada kadar 1/3 dari suara.
*Isymam pula bermaksud memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang
akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.
6)Pendapat ulama' mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah, marfu'ah,
majrurah dan maksurah.Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah.
7)Semua Qura' tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan
mansubah,akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam
ketika dommah,fathah dan kasroh.Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil
oleh mana-mana Qura'.
DISEDIAKAN OLEH:SAIDATUL HAMIMAH BT UMAR
Posted by hUffAz iNSaniAh.. at 2:33 AM
0 comments
1) Wash menebalkan tiap2 laAm berfatihah yang datang samada beryashdid atau tidak,
ditengah atau di tengah atau hujung kalimah yang sebelumnya huruf sod,tho,atau zo'
yang berfathah atau sukun.
2) Warsh khilaf laam apabila ada alif diantara laam dan 3 huruf tersebut pada lafaz:طا ل
· Tebal
· Nipis
3) Warsh khilaf pada laam dihujung kalimah apabila waqaf :
· Tebal(rajin)
· Nipis
4) Sepakat qura' pada lafzul jalalah:
· Menipiskan apabila sebelum kasrah.
· Menebalkan laam apabila sebelumnya fattah atau dhommah.
Friday, October 9, 2009
MUQADDIMAH
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء وسيد المرسلين، وعلى ءاله وصحبه أجمعين.
أما بعد :
Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang telah menurunkan Al-quran. Yang menjadikannya sebagai pedoman dan ikutan, yang menjadikannya sebagai bacaan yang penuh keberkatan, yang menjadikannya sebagai petunjuk sepanjang zaman dan yang menjadikannya sebagai syafaat di hari kemudian. Selawat serta salam atas junjungan Nabi akhir zaman, serta mereka yang beriman kepadanya dengan penuh keyakinan.
Allhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayahNya dapatlah kami menyiapkan blog ini. Blog ini dihasilkan atas cadangan dan saranan daripada guru kami Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zaki Bin Abdul Hamid seorang yang ilmuan dalam ilmu qiraat, beliau banyak memberi dorongan dan panduan dalam menghasilkan blog ini walaupun masanya terlalu sibuk dengan mengajar dan memperkembangkan ilmu qiraat.
Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.
Ya Allah ya Tuhanku ! sesungguhnya Engkau tahu apa yang ada dalam diri kami, sedangkan kami tidak tahu apa yang ada dalam diriMu, maka dengan ini ampunkanlah lintasan jahat hati kami, ketika menyusun setitis ilmu Engkau berikan pada kami, jadikanlah ia sesuatu yang bermanfaat bagi diri kami, sama ada semasa hidup atau mati kami, lebih-lebih lagi ketika bertemu denganMu, demikian juga kedua ibu bapa kami, tidak lupa guru-guru kami, yang mendidik diri kami dalam mencari redhaMu. Amin......
ISTILAH-ISTILAH PENTING
1. Qiraat ( القراءت ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.
2. Imam ( امام ) :
Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.
3. Riwayat (رواية ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.
4. Rawi راوي ) ) :
Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.
5. Toriq طريق ) ) :
Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.
BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR
Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :
1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra ( القرءت العشر الكبرى ) :
Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-qurra’ yang terkenal iaitu :
I. Imam Nafi’
II. Imam Ibnu Kathir
III. Imam Ibnu ‘Aamir
IV. Imam ‘Aashim
V. Imam Hamzah
VI. Imam Al-Kisaie
VII. Imam Abu Ja’far
VIII. Imam Ya’kub
IX. Imam Khalaf Al-‘Aasyir
Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah ( متن الجزرية )
2) Al-qiraat al-‘Asyr al-Shughra ( القراءت العشر الصغر ) iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :
I. Al-qiraat al-Sab’ ( القراءت السبع ) iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi ( متن الشطبية )
II. Al-qiraat al-Thalath ( القراءت الثلاث ) iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan –bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah ( متن الدرة ).
PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ)
2) Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepadaNabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’
PENGERTIAN QIRAAT
1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemaunya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.
HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT
1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.
KELEBIHAN ILMU QIRAAT
1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3) Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada aslnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.
AL-QURAN DITURUNKAN ATAS TUJUH HURUF
Terdapat banyak hadis yang mejelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah S.A.W dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yang menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :
Telah diriwayatkan oleh Bujhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telahberkata : Telah bersabda Rasulallah s.a.w “jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentisa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut. Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”
Dalm hadis yang lain pula ada menjelaskan :
“Sesungguhnya Al-quran ini telah diturunkan dalam 7 huruf, maka bacalah olemu mana yang mudah daripadanya.”
Imam Ibnu Al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bantuk kalimah. Bahawa yang bahawa yang dimaksudkan dangan 7 huruf itu ialah 7bacaan yang menjadi perselisihan. Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :
a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama.’
b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh.
c) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan.
d) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan.
e) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat.
f) Khilaf pada loghat ( bahasa ).
g) Khilaf pada wajah I’rab.
Para Ulama’ berselisihan pendapat mengenai maksud 7 huruf tersebut sehingga melebihi 40 pendapat. Di antara pendapat yang masyur :
a) Tujuh huruf bermaksud segala makna hukum-hakam iaitu :
1) Halal
2) Haram
3) Muhkam
4) Mutasyabih
5) Amthal
6) Insya’
7) Akhbar
b) Tujuh huruf bermaksud tujuh loghat ( bahasa ) iaitu :
1) Quraisy
2) Hudzail
3) Thaqif
4) Hawazan
5) Kinanah
6) Tamim
7) Yamim
BIODATA IMAM IBNU AMIR
*Wafat pada tahun 118 hijrah .
*Mempunyai 2 anak murid iaitu:
*HisYaM.....
*NamA sebenar Abu Al _walid Hisyam Bin Ammar Bin Nasir Bin Maisarah Al Salma .
*Dilahirkan pada tahun 153 hijrah.
*Wafat padatahun 245 hijrah .
*IbNu ZaKuAn .....
*Nama sebenar Abu Amru Abdullah Bin Ahmad Basyir Bin Zakuan .
*Dilahirkan pada tahun 173 hijrah
*Wafat pada tahun 242
Thursday, October 8, 2009
الاستعــــــــــاذه
Makna 'الاستعاذه'pada bahasa ialah:Berlindung
Makna 'الااستعاذهpada istilah ialah;lafaz yg menghasilkan perlindungan dan naungan daripada syaitan yg dilaknat .Ia juga dikenali sbgai تعاوذ
Dalil tuntutan membaca الاستاذه
Surah An Nahl ayat 98
Bermaksud :Apabila kamu hendak membaca Al -Quran ,maka hendaklah kamu meminta pertolongan kpd Allah daripada syaitan yg direjam
Terdapat 3 Lafaz Shighah الاستعاذه iaitu:
1.اعوذ بالله من الشيطان الرجيمDgn nama Allah aku berlindung drpada syaitan yg direjam
2.(اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيمAku berlindung diri dgn Allah yg Maha mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yg direjam )
3.اعوذ بلله من الشيطان ( Dgn nama ALLAH Aku berlindung drpda syaitan )
Terdapat 2 Imam dan 2 keadaan istiazah ketika membacanya iaitu ;
1.حمزه :membaca dgn suara yg kuat pada awal سورةالفاتحة sahaja
2.نافع' :membaca dgn suara yg perlahan pada semua permulaan surah dlm Al -quran.
prepared by محمد فردوس بن جما ال الدين
Wednesday, October 7, 2009
بســـــــــــمله
Takrif : Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahirrahmanirrahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
SUMBER :-
-Lafaz Basmalah terdapat dalam Mashaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam Surah An-Naml yang bermaksud :
"Sesungguhnya ia surah daripada Sulaiman dan sesungguhnya isi kandungannya BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
CARA MEMBACANYA :-
=> Bacaan lafaz Basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lagi ketika mebaca Al-Quran samada dipermulaan surah.
=> Terdapat sepotong Hadith Rasulullah SAW mafhumnya :-
"Setiap perkara kebaikan iaitu kebajikan yang tidak dilakukan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM maka amalan tersebut terputus daripada keberkatan.
prepared by Faizal bin Chik
