KALENDAR HIJRAH

Wednesday, September 30, 2009

الهمزتين من كلمة

الهـــمزتين من كــــلمة

1.Apabila berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah,terdapat khilaf pada bacaan Imam Hisyam iaitu Tashil(تسهيل) dan Tahqiq(تحقيق) pada hamzah kedua yang berbaris.

2.Pada lafaz ' ءاعجمي و عربي' dalam surah Fusilat,Imam Hisyam membaca dengan menggugurkan hamzah yang pertama 'أعجمي و عربي'.

3.Didalam surah Al-Qalam pada kalimah 'أن كانا',Imam Ibnu Amir menambah hamzah menjadi 'ءأكانا' dan membaca pula secara tahqiq pada hamzah yang pertama dan tashil pada hamzah yang kedua.

4.Pada surah Ali-Imran pada kalimah 'أن يؤتى أحد مثل ما أتيتم',Imam Ibnu Amir tidak menambah hamzah dan membaca seperti biasa.

المد و القصر

الـــمد و الـــقصر

DEFINISI
1.Definisi Bahasa:Menambah
2.Definisi Istilah:Memanjangkan Suara Dengan Huruf Mad Apabila Bertemu
Hamzah Atau Sukun.

SYARAH 1
1.Huruf mad terbahagi kepada3:
a.Alif sakinah yang sebelumnya berbaris fatah
b.wau sakinah yang sebelumnya berbaris dhommah
c.Ya sakinah yang sebelumnya berbaris kasrah

2.Mad terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a.Mad Asli
i.Mad asli adalah Mad tabi'i yang tidak berhimpun sekali dengan
hamzah atau sukun.Dipanjangkan dengan kadar dua harakat.

b.Mad Far'i
i.Mad far'i iaitu huruf mad yang berhimpun dengan hamzah dan
sukun.
ii.Terbahagi kepada tiga bahagian:

Mad Munfasil

-Huruf mad yang berada pada akhir kalimah pertama dan hamzah pada
permulaan kalimah kedua.
-Hukumnya :Harus dipanjangkan
-Pendapat mazhab:

1 IMAM DAN RAWI
Imam:Ibnu Amir
Rawi:Asim
:Kisaie

2 BACAAN (HARAKAT)
-4 dan 5 harakat

MAD Muttasil
-Bertemu huruf mad dan huruf hamzah pada satu kalimah
-Hukumnya wajib dipanjangkan
-Pendapat mazhab:

1 IMAM DAN RAWI:
Imam:Warsh dan Hamzah (6 harakat)
:Baki Qurra@Al-Baqun(4 dan 5 harakat)

MAD BADAL
-Iaitu kalimah yang pada asalnya mempunyai dua hamzah.Hamzah pertama
berbaris dan hamzah kedua sukun.Maka hamzah kedua diibdalkan kepada
kepada hamzah yang berbaris.
-Hukumnya wajib dipanjangkan
-Pendapat mazhab

:Semua qurra membaca dua harakat kecuali warsh
:Warsh membaca 2,4 dan 6 harakat kecuali pada perkataan berikut
beliau membaca dua harakat

Tuesday, September 29, 2009

الهأ كناية

الهــــــأ كــــــناية

SYARAH:Ha' kinayah yg drpdnya satu keadaan sperti berikut :

1.Sebelumnya


huruf berbaris dan selepasnya sukun contohnya ; له الملك وله الحمد

2.Terletak diantara 2 sukun seperti 'منه اسمه 'hukum pada keduanya tiada hubungan pada setiap Qurra'.

3.Terletak diantara dua huruf yang berbaris seperti 'لا تحرك به لسانك لتعجل به ' hukumnya: Ibnu amir bersama Qurra' yang lain sambung dengan kadar dua harkat kecuali selepasnya terdapat hamzah terputus(حمزة قطع )

4.Sebelumnya sukun dan selepasnya berbaris contohnya 'فيه هدى'.Hukumnya Ibnu kathir sambung dengan kadar dua harkat bersamanya Hafs memanjangkan ha' pada satu tempat iaitu pada 'فيه مهانا '.

Kalimah 'يوءده ءاليك ':-

Pendapat cara bacaan Ibnu Amir

*Hisyam berkongsi bacaan dengan Qalun iaitu kasrah ha' tanpa sambung dan satu wajah lagi Hisyam membaca dengan sambung(صلة ),dalilnya:
memendekkan setiap ha' bagi lisan.

*Ibnu Zakuan membaca dengan sukun ha' beserta sambung satu-satunya mengambil bacaan daripada Qalun dan setiap mazhab berpendapat mad munfasil pada ha' selepasnya hamzah putus(قطع ).

Kalimah 'فألقه ءاليهم '

*Hisyam membaca dengan kasrah ha' dan pada wajah kedua hisyam sambung pada madnya dan tergolong dalam mad munfasil.

*Ibnu Zakwan membaca dengan kasrah ha' setiap madnya diambil daripada riwayat Qalun.

Kalimah ويتقه فأولآءك

*Hisyam membaca dengan kasrah qaf dan kasrah ha' tanpa sambung. Hubungan pada wajah kedua dengan dua harakat.

*Ibnu Zakwan satu-satunya membaca kasrah qaf dan ha' dan sambung dengan kadar dua harakat.

Kalimah يأته مؤمنا

*Bacaan Hisham satu-satunya bersama Qura' yang lain membaca dengan kasrah ha' dengan kadar dua harakat.

Friday, September 25, 2009

HAMZAH MUFRAD

_Kaedah Asas Warsh mengantikan Hamzah yg sukun ialah dgn syarat huruf (ف( pada wazan فعل

_warsh mengantikan Hamzah yg berbaris sukun dgn syarat ,terletak pada (ف)wazan(فعل)
يفعلون يومنون
تفعلون تالمون
افع اعت

_Mengantikan Hamzah yg mati dgn mgikut baris sebelumnya iaitu hamzah yg mati @ berbaris sukun seperti berikut
_Apabila sebelumnya berbaris fathah digantikan dgn alif (ا) contohnya
تا لمون تالمون
_Apabila sebelumnya dhommah digantikan dgn (و)
المومنون _الموءمنون
_apabila sebelumnya berbaris kasroh digantikan dgn (ي)

_Ada kalimah yg tertentu yg tidak ditukar wajah WARSH seperti ;
ماءواة_ فاؤوا_ماؤنهم _الماؤي
_اهلي الاداء bersama susi mgantikan Hamzah sukun sama juga dgn WARSH

Tuesday, September 8, 2009

IDGHAM KHABIR

Ta'arif
Bahasa;Memasukkan
Istilah;Memasukkan huruf yang sukun kedalam huruf yang berbaris seolah-olah menjadi satu huruf yang bertashdid.

(Idgham terbahagi kepada 2)

1) (IDGHAM KABIR)-(BESAR)
Berlaku apabila dua huruf yang berbaris bertemu.
2) (IDGHAM SOGHIR)-(KECIL)

(Bait pertama)
>Membahaskan tentang Abu Amru membaca dengan idgham kabir dan daripada dua perawinya .tetapi hanya susi yang membaca dengan idgham.

>Manakala pula Ad-Duri membaca dengan izhar pada idgham kabir seperti imam-imam lain (Bski qura)

(Bait kedua)

>Apabila dua huruf mutamathilain dan kedua-duanya berbaris pada dua kalimah maka susi akan mengidghamkan huruf yang pertama kedalam huruf yang kedua.

(Bait yang ketiga)

>Pada bait ini idgham terbahagi kepada empat bahagian;

1)Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta'mutakallim.

2)Apabila huruf awal daripada huruf mutamathilain itu ta'mukhattob.

3)Apabila huruf awalnya tanwin.

4)Apabila huruf awalnya tashdid.
Powered By Blogger